Akhtar : Yang Terpilih

Saturday, November 3, 2012

muka enam puluh lapan

i should listen in the first place.
terlalu banyak yang aku pekakkan.
berdosa rasanya.

ya Tuhan.
betul kata Kau. sepanjang berfikir, pelbagai soalan yang timbul;
"Kau tak marah aku lagha? Kau tak marah aku tak sentiasa memuji seperti dulu? Kau tak marah aku terlalu kejarkan dunia?"
tak.
Kau tak marah. malah terlalu banyak ehsan Kau curahkan, Kau ajarkan aku setiap perkara yang aku buat berpengajaran.

betapa tidak layak aku berpijak untuk tidak memuji sang penciptaku.

aku rindu aku yang dulu.
dan aku akan gagahkan kutip aku yang dulu, campurkan segala kekuatan untuk tempuh hidup aku yang sekarang. sebab aku tahu, semuanya tak akan kembali seperti asalnya.

bismillah,
dengan nama Allah.

--

maaf,
page yang lama terlalu terdedah siapa aku.
cukuplah yang ini, mohon yang terakhir.
untuk berdiam, untuk bersuara. cuma di sini.
cuma aku dan kau.
assalamualaikum

Friday, November 2, 2012

muka enam puluh tujuh

dan aku terus berjalan,
dihimpit manusia yang pelbagai kehendak kemahuan.

dan aku terus berjalan,
mulanya cuma berbisik,
semakin jauh berjalan semakin kuat lalakan.

dan aku terus berjalan,
walau ditutup telinga, tetap sayup jeritan jelas bersuara.

ya tuhan,
aku penat berjalan.

air, pondok, dan mungkin kipas.
tak ada di sepanjang jalan.

ya tuhan,
tolong, tunjukkan aku yang sebenar jalan...

Sunday, October 21, 2012

muka enam puluh enam

bulan sepuluh,

banyak yang berlaku.
rindu nak membebel di sebelah sana,
tapi cuma ini yang tinggal.

nak berbasa basi tapi sudah lama otak tak disumbat ilmu penulisan.

ceritanya tiga bulan lepas mengharap pada lelaki yang sudah berpunya tu,
dan ceritanya masih berharap lagi.

berharap untuk tidak lagi berharap.



"make it fun, dont trust anyone"

Friday, July 27, 2012

muka enam puluh lima

minum milo ais satu jug pun belum tentu dapat hilangkan dahaga rindu yang melampau ni.

susah betul jadi perempuan seperti aku.
susah lagi hendak percaya orang macam aku ditolak mentah untuk berpacar.
sumpahan apa ini? herghh

ceritanya begini,

lelaki pertama tolak aku dengan alasan;
belum bersedia.

lelaki kedua tolak aku dengan alasan,
sebenarnya aku yang masuk sarang tebuan.
dia sudah punya teman, tapi naluri untuk memiliki tu kuat.
kecewa akhirnya :(

sekarang ceritanya aku sudah berpacaran!
sebenarnya aku tak tahu kenapa aku guna word pacar instead of teman istimewa.
abaikan.

masalahnya,
aku masih mengharap lelaki kedua.

penat jadi aku.
penat. penat. penat.

salam ramadhan!




"when two people are happy together, leave them."

Friday, June 29, 2012

muka enam puluh empat

setakat ini aku berjaya kesan beberapa perkara yang kurang cantik untuk teruskan hidup sebagai manusia.


1. gagal menjadi kawan yang baik.
2. gagal menjadi anak yang berguna.
3. gagal menjadi hamba yang taat.
4. gagal menjadi pelajar yang bertauliah.


tahniah untuk kegagalan ini.




tak apa,
cuba lagi next time?