Akhtar : Yang Terpilih

Tuesday, June 21, 2011

muka tiga puluh sembilan

pernah tidak kau rasa,
rasa..
rasa mahu segalanya bernoktah dengan cerita yang paling indah.
rasa mahu pada di akhir noktah itu terbongkar segala cerita2 dunia.
cerita yang pada kau indah..
cerita yang pada hujung penamatnya kau tersenyum,
cerita yang pada hujungnya kau boleh tarik nafas lega.

pada malam yang kadang2 angin mahu melayan rasa paling malam engkau,
kau menangis sendirian.
kau teriak pada bulan bintang.
kau menjerit penat.
kau mahu sangat semua ini berakhir tenang.

padahal realitinya..?

bukan mudah mahu kongsikan rasa jiwa dengan ayah bunda.
bukan mudah minum semeja cerita aktiviti harian kita pada ayah bunda.
bukan mudah bergelak tawa bersama ayah bunda.
dalam keadaan kita ini yang paling malam.

kau boleh cerita kau faham apa yang aku rasa.
bertepuk bahu bilang 'tak apa, aku masih ada'
peluk kau,
kata-kata kau,
ah.
semua plastik!

aku ini yang merasa.
aku ini yang menelan segala!

jadi aku merayu..

tolong hentikan ini semua.
sungguh aku sudah penat.

iya,
bukan kau sahaja yang bencikan aku.
aku pun sudah tak tahan dengan diri aku sendiri.

hari ini,
biar aku mati.






pesanbawah: semua orang pun penat. bukan kau sorang sahaja. jadi, sabar dengan dunia :)

Thursday, June 2, 2011

muka tiga puluh tujuh

rasanya, tahap rebellious aku di tahap paling puncak.
kalau baling bom tangan pass kepada tangan manusia tu, mesti kool habis.
macam rasa dapat ais krim paddle pop tapi warna hitam instead of warnawarni.
nak jerit kuatkuat lepas manusia tu dapat bom dekat tangan dia ;
"padan muka kau!! pegi mampos!"

tapi,
kita budak2 lagi islam dah ajar,
marah itu amalan syaitan. tak boleh 'i follow' sangat.
kena banyak tarik nafas hembus sambil ucap "astaghfirullahalazimm"
kadang-kadang kita kena jadi power rangers lawan syaitan dengan banyak bersabar,
banyak selawat, zikir, al-quran dan tentunya solat.

tapi ah.
biasalah.
tetap nak marah jugak.
mengamuk macam orang gila .
cuma, lagi gila dari orang yang dah gila tu.

susah nak suruh orang faham kita walaupun dah kenal seabad lamanya.
haih.
penatlah terang satu-satu macam budak tadika.
ulangulangulang. penat tahu?!

dah lah.

nanti bila rezeki Allah kasi lebih,
harapharap dapat bagi senyum paling kelas A dekat bonda.


assalamualaikum.