Akhtar : Yang Terpilih

Friday, July 30, 2010

muka tujuh

bila nyawa dibawa malaikat.
menghadap yang maha segalanya
jika diizinkan kanan,
maka bertemu kekasihnya
bertempik hingar perit segalanya
bila yang kiri menggamit haba

aku yang paling jijik antara mereka
aku yang paling hanyir antara segala
mana sisa nyawaku di sini
dimintakan kuat
untuk mengumpul segala sisa yang ada
untuk bertemu Dia.

andai tidak menyempat
aku masih berbaki di sini
seperti yang satu dan dua,
yang tiga ini,
aku minta dimaafkan.

lewat ini aku rajin berbicara tentang ajal.
bukan aku.
dia juga.
cuma aku tak berbunyi di sini.

setenang air sungai aku memaku mata
melihat indah setiap inci ciptaan dia

dan aku berharap
aku tenang bersama dia.




ajal.

Thursday, July 29, 2010

muka enam

tidak ada satu lorong pon dalam jalan dunia yang bagi aku,
ada nur menanti di penghujungnya.
tak ada satu lorong sempit ini, yang aku gagahkan jalan ini,
yang ada sekelumit cintanya.

lari aku jauh ke dalam semak,
lari aku jauh ke alam kimak.





mati.

Tuesday, July 27, 2010

muka lima

kalau saya cakap
jantung saya dah berhenti berdenyut
awak nak ziarah saya tak?

muka empat

dia kata, dia suka yang ini.
saya nak kata.

ehemm,
cik! i pun suke. so, i can post it here kan?
btw cik, i pun nak curik urs lah.
boleh kan?

--

dia tak telan.
dia luah.
dan yang paling sakit.
adalah bila.
dia telan apa yang telah diluahkan.

biar dimatikan rupa wajah
dia tahu,
dia sedang mengorak lagi setapak
yang di benci orang2
yang dipandang dengki orang2
yang akan dicaci maki orang2

lurus.
kata mereka.
tapi,
bukan salah dia!
dia terlalu daif dengan sekelilingnya.
terlalu putih dengan setiap satu pandangnya.
terlalu naive.

bukan salah dia.

ajarkan setiap satu sudut di setiap pelosok ini
ajarkan satu satu biar terang tak dilindung awan kelabu

biar yang kelam di tenggelamkan sepi.
biar yang timbul tak berduri lagi.

maka adanya kata
perjalanan itu sendiri satu pengajaran






diam.

dia dan aku orang yang sama.
awak sedih tak?

*senyum basi*

muka tiga

kadang2 kita rasa penat nak bernafas lagi, kan?

*tarik nafas dalam2*

bila satu hari itu,
aku putuskan,
aku ubah jadi yang ramah.
tapi, lain persepsi yang diterima aku.

aku nak jalan.
tak mau gangguan.
tak mau!

aku nak jalan.
berdamping.
dengan kau kau kau.
yang aku tak anggap lain.
melainkan sahabat.

tolonglah jangan salah lagi.
hati, jiwa, perasaan aku.
sudah kering.
kontang tak berair lagi.
aku dah penat bertadahkan jiwa
yang tak pernah dibagi
yang bahasa kitakita disebut
syok sendiri.

setapak demi setapak aku susun.
tapi ada saja
bila depan mata terang nampak lubang kecil
yang boleh dielak tepi,
tapi still.
aku terjatuh dalam lubang tadi.

bahasa aku dalam ini simple.

dan aku tau,
kau yang sebodoh alam pon,
boleh faham
tapi kalau kau tanya,
siapa aku.
jawapan aku satu.

akhtar

muka dua

hati aku kosong.
mahu diisi cepat2.
mahu ditempek pelekat comel.
yang pada dasarnya aku brutel.

dari kecil aku suka berangan

mahu kahwin anak cuma empat
mahu suami yang putera jemput puteri naik kuda,
pusing hutan, pusing pantai..
mahu kahwin di buaian sahaja,
bertema ungu, merah dan kuning.
mahu semuanya,
tentang masa berstatuskan ; kahwin.

jom terbang cerita ini pula.

hai.
awak rasa saya lelaki?
eh. eh.
saya perempuanlah.
hihihi.

ok. bosan.

ini pula..

esok,
kalau matahari cakap selamat malam lagi.
aku padam.

muka satu

pada aku.
ini yang tiga.
dah aku tanamkan dalam2 dengan penuh harapan supaya aku dikuatkan tak pandang lagi yang dua tadi.

pada aku.
ini yang penakut.
yang tak pernah berani pergi depan.
muncul sambil tempik kuat.
bilang ke orang2
"hoi, ini aku!"

pada aku.
ini yang tiga,
yang aku harap,
jadi yang akhir.
tak ada lagi selepas ini.
atau, aku berpatah balik pada yang dua.
tidak yang satu.

pada aku.
ini sampah aku.
bukan sampah kau.
atau sampah sesiapa.
yang aku coret lakarkan.
yang aku sedut sini sana.
yang aku buat,
untuk puas aku.

bismillahirahmanirrahim.



nota kaki : terimakasih cik kembarnama.