Akhtar : Yang Terpilih

Sunday, November 27, 2011

muka empat puluh tujuh

yang semalam itu,
kainnya terkoyak sedikit,
disempat jahitkan,
tertutup segala maruah,
tak terbiar didedah.

iya,

aku perempuan itu,
perempuan yang kau panggil tongong.
yang kau jijak2 jiwa.
perempuan yang kau bersumpah tak mahu dekat walau seinci lagi.

terima kasih kawan.

Tuesday, November 22, 2011

muka empat puluh enam

kipas berlegar,
enjin jiran depan menjerit,
ketukan papan kekunci menari-nari.
tapi tetap satu yang sunyi.




hati.

muka empat puluh lima

sebenarnya menyepi tu lagi indah.
indah dari apa yang dapat engkau sendiri bayangkan.
rasa nikmat menyendiri tu, ho liaw sangat.

kalau dah habis nyawa dalam dunia ni nak kau jadikan teman.
dah. diam-diam saja.
tak ada orang pun sebenarnya mahu berkawan dengan kita ini.

sebenarnya,
kita ini memang ditakdirkan menyendiri pun.
tak payah perasan ada orang mahu berkongsi suka duka perit manis kita.

jangan perasan.

jadi aku tinggalkan blog yang putih itu,
untuk aku menyendiri di sini.
bila mana,
cuma mereka sahaja yang kenal aku.
bukan kau yang penting.

aku rindu suasana ini.

sunyi.
kan?

muka empat puluh empat

kehadapan hari mati.

aku ini,
sudah ready.

sekarang dah tak ada sesiapa pun yang boleh percaya lagi.
yang digelar kawan, yang disanjung sahabat,
semua beransur pergi.
semuanya fake.

sumpah.
dalam ini paling sepi.

sumpah.
aku penat mencari.

sumpah.
aku penat memberi.

ambillah aku, mati.
ambil biar aku pergi.

buat apa bernyawa jika jasad menyepi,
bangkai benyawa setiap hari?

makin hari makin kabut.
makin hari makin koyak.

penat bertadahkan doa,
yang aku sendiri berhenti berharap.

semoga Tuhan maafkan aku.

kerana aku menyambutmu, sini sudah berdiri.

im ready.