Akhtar : Yang Terpilih

Friday, November 2, 2012

muka enam puluh tujuh

dan aku terus berjalan,
dihimpit manusia yang pelbagai kehendak kemahuan.

dan aku terus berjalan,
mulanya cuma berbisik,
semakin jauh berjalan semakin kuat lalakan.

dan aku terus berjalan,
walau ditutup telinga, tetap sayup jeritan jelas bersuara.

ya tuhan,
aku penat berjalan.

air, pondok, dan mungkin kipas.
tak ada di sepanjang jalan.

ya tuhan,
tolong, tunjukkan aku yang sebenar jalan...

No comments:

Post a Comment