Akhtar : Yang Terpilih

Tuesday, February 15, 2011

muka tiga puluh dua

gulagula lolipop warna warni,
pada aku,
tak sedap.
tapi,
pada kau mungkin rasa pun macam warna warni juga. kan?

hari ini rasa paling sayu.
paling mahu rasa peluk bantal kuatkuat.
paling rasa mahu bergelumang dengan selimut tebal diamdiam.

rasa malu kalau Rasulullah masih hidup sekarang.


salam maulidul rasul.

Monday, February 14, 2011

muka tiga puluh satu

ini pengakuan kedua setelah yang pertamanya saya sorokkan.
saya single pada status.
tapi sebenarnya saya sudah lama ada dia.

sudah lama.

ini tarikhnya,
31 mac 2007

jadi,
jangan pernah ada rasa yang saya sukakan awak awak dan awak.
sebab saya sudah ada dia.






jangan pernah ada rasa.

Thursday, February 3, 2011

muka tiga puluh

tak semua perkara kita boleh congakkan untuk dibahagi-bahagi.
contohnya, kau punya satu hati untuk dikongsi sama hati lain. erti kata lain, kau harus bermadu.
tak semua orang boleh kan?
dan tak semua perkara kita boleh adaptasikan dalam harian kita.
contoh lagi, perempuan yang memang dari celik mata sudah disuap pakai sampai sudah kahwin pun disuap pakai lagi yang kau rasa kau hendak jadi substitute dia,
memang tak ah!

boleh lah jika kau ambil yang indah-indah untuk kau tambahkan dalam rencah hidup kau.
tapi jangan sampai kau jadi orang itu.

kau kena tahu, dan aku rasa semua orang pun dah bagi tahu.
benda ini cliche;
jadi diri kau. hidup sebagai diri kau sendiri dan bukan jadi orang lain.

berhenti mencuba untuk menjadi terbaik sebab kau dah pun memang terbaik.
bila mana kau tak sedar perkara itu.
kan?

hari-hari kalau kau rasa macam nak bermuram kelam tu,
apa kata kau pergi ke tepi pantai atau mana-mana taman permainan,
dan lihat kegembiraan kanak-kanak yang sibuk bermain layang-layang.
dan,
cuba untuk senyum dengan bayangkan kau si anak kecil tadi.
yang terlupa betapa sakitnya bila jatuh mahu tempuh hidup,
dan bila terbang, semuanya lenyap.

ambil masa kau sendiri.

bancuh secawan milo ais tabur pun boleh buat kau gembira jika kau bijak guna masa kau bersama secawan milo air tabur tadi.



hidup.
bukan mudah.
tapi,
kalau senang sangat,
tak rancaklah kan?



Wednesday, February 2, 2011

muka dua puluh sembilan

bila aku dalam keadaan paling ranap.
aku akan serta merta bermenung.
dan salahkan dunia kerana beri aku berjalan dengan bebas.
salahkan dunia kerana tak punya papan tanda amaran.
dan ya, aku salahkan diri aku kerana biar diri meredah tanpa batas.

aku gila berimajinasi.
dan bila aku sudah mula berimajinasi, aku jadi si pendiam.

dari aku kecil, aku suka bermimpi putera kacak datang bersama kuda putih.
bergerak laju dapatkan aku yang sedang bermain-main bersama perasaan keliru.
dan seperti kisah dongeng yang tipikal.
'and they live happily ever after'

-

dalam keadaan duit tengah semput pergi.
rezeki mengejut datang bergolek.
cuma perlu tunggu dicapai ambil supaya tak lari.
dan dijaga supaya tak ditarik balik.
alhamdulillah.

Tuesday, February 1, 2011

muka dua puluh lapan

bila pulang dari kelas,
dengan penuh jaga tata susila,
bersama payung bintik-bintik hitam merah,
dia berjalan sendiri.

rasa macam tak sabar bila setiap kali kelas hendak tamat.
tak sabar nak balik.

apa jenis dadah kau salurkan ke dalam aku wey?