Akhtar : Yang Terpilih

Thursday, January 26, 2012

muka lima puluh

saya ada pesan untuk awak,
saya tau untuk kembali ke kisah lama saya,
memang tak akan terjadi.
saat awak, aduh beratnya nak menaip pun.

hati saya,
selalu tersumbat celaru dengan perasaan sekeliling.
satu per satu perasaan yang dibaling, campak, letak di hadapan saya.
mengharap balasan.
dan saya keliru.

saya lari dari segalanya.
saya cuba lari dengan cara baik dan cara paling hina.
segala cara saya lakukan.
tanpa peduli perasaan2 tersebut.
kejamnya diri.

ada yang kembali,
setelah jauh saya campak pergi.
saya fikir perasaan itu suci.
saya mahu kutip dan simpan.

tapi ah,
dia pergi.
dia cuma bertandang sekejap.
betapa tuhan balas atas perbuatan jahat saya sendiri.

dan kemudian awak kembali,
sebenarnya awak tak pernah pergi.
cuma awak tak mengharapkan saya lagi.

dan pada suatu malam itu,
bila sahabat kita beritahu saya,
tentang ciri perempuan calon isteri awak,
hati saya berbunga tiba-tiba.

sebenarnya,
saya masih keliru.
untuk menerima, atau menolak.

saya tahu,
hubungan sebelum perkahwinan tak punya sedikit pun keredhaan tuhan.

tapi saya tak boleh nak bendung,
saya punya rasa halus,
yang mahukan awak untuk masa tua kita kelak.

ah,
angan-angan.

Tuesday, January 24, 2012

muka empat puluh sembilan

pejam macam mana paksa pun,
takkan tidur.
paksa pejam sampai ada suami idaman datang ikut pergi istana dia.
uh, tak berlaku pun.
tak akan.

-

saya pun,
jiwa dah tersumbat.

Monday, January 23, 2012

muka empat puluh lapan

patah apa perlu aku bermula.
tangisan yang tak punya tanda henti,
bunyi kesunyian,
yang mengikut aku ke kamar ini.



how long can we keep this up?