Akhtar : Yang Terpilih

Wednesday, November 28, 2012

muka tujuh puluh satu

tak payah berbasa basi sangatlah,
sini aku cerita permasalahannya yang dah kusut awal bulan enam lagi.
dan dah hampir enam bulan masalah ni belum juga terselesai.

bodoh ceritanya.

cerita tentang lelaki itu.


hish.




tibatiba rasa nak diam.
tak sanggup nak luah rasa.
diam macam yang lepas.
dan segala masalah tak pernah selesai dengan diam diri.

haihh,
hati.
berhentilah cipta masalah.
penat beteii

Saturday, November 24, 2012

muka tujuh puluh


diam lebih bagus sebenarnya.

jadi apa lagi?
diam sudahlah.


Tuesday, November 20, 2012

muka enam puluh sembilan

bukan tak sayang,
cuma terlalu tidak percaya yang kau terlalu ikhlas terima apa adaku.

Tuhan terlalu baik beri kau untuk aku,
cuma aku rasa aku terlalu jijik untuk kau bersama aku.

Allahuu,

angka 22 terlalu besar untuk aku berkelakuan seperti 12.

--

punya hati satu,
tapi diberi harapan untuk seribu satu.

berubahlah.

Saturday, November 3, 2012

muka enam puluh lapan

i should listen in the first place.
terlalu banyak yang aku pekakkan.
berdosa rasanya.

ya Tuhan.
betul kata Kau. sepanjang berfikir, pelbagai soalan yang timbul;
"Kau tak marah aku lagha? Kau tak marah aku tak sentiasa memuji seperti dulu? Kau tak marah aku terlalu kejarkan dunia?"
tak.
Kau tak marah. malah terlalu banyak ehsan Kau curahkan, Kau ajarkan aku setiap perkara yang aku buat berpengajaran.

betapa tidak layak aku berpijak untuk tidak memuji sang penciptaku.

aku rindu aku yang dulu.
dan aku akan gagahkan kutip aku yang dulu, campurkan segala kekuatan untuk tempuh hidup aku yang sekarang. sebab aku tahu, semuanya tak akan kembali seperti asalnya.

bismillah,
dengan nama Allah.

--

maaf,
page yang lama terlalu terdedah siapa aku.
cukuplah yang ini, mohon yang terakhir.
untuk berdiam, untuk bersuara. cuma di sini.
cuma aku dan kau.
assalamualaikum

Friday, November 2, 2012

muka enam puluh tujuh

dan aku terus berjalan,
dihimpit manusia yang pelbagai kehendak kemahuan.

dan aku terus berjalan,
mulanya cuma berbisik,
semakin jauh berjalan semakin kuat lalakan.

dan aku terus berjalan,
walau ditutup telinga, tetap sayup jeritan jelas bersuara.

ya tuhan,
aku penat berjalan.

air, pondok, dan mungkin kipas.
tak ada di sepanjang jalan.

ya tuhan,
tolong, tunjukkan aku yang sebenar jalan...