Akhtar : Yang Terpilih

Sunday, May 22, 2011

muka tiga puluh enam

jika bintang2 malam itu boleh dipetik, sudah lama balang kaca yang aku simpan ini penuh dengannya. tentu aku tidak perlu lagi kejarkan kelip2 yang kecil itu.

jika hidup itu kondisi mudah, sudah lama aku berhenti untuk terusan berharap. pada setiap detik yang sukar itu aku tiupkan seribu hajat permintaan.

jika hipokrit itu suatu dosa, sudah lama tercatat aku sebagai penghuni yang itu. kerana keberadaan diri seringkali diduga sendiri.

jika angin bisa membawa bisikan2 ini, sudah lama kau tertunduk dengan jiwa2 perasaan terbuku. bukan aku sengaja untuk punya keinginan sebegini pada seorang kamu.

jika dingin itu musuh, sudah lama aku menjadi panglima yang memerangi setiap tika. dasarnya hanya sejuk yang gemar menjadi peneman di kala sepi dan sunyi bersama.

jika hangat yang dicari2 selaku perlindungan, sudah lama aku rangkul erat kau kemas2. tak akan sekalipun ada detik kau berasa sangsi.

jika kau milik aku, sudah lama aku berhenti dari berpura2 begini. yang kita tahu belum ada penghubung yang nyata sebagai perantara.

notakaki : ditulis oleh sikembarnamasaya.

Saturday, May 21, 2011

muka tiga puluh lima

saya datang, saya pergi.
saya jalan, saya lari.
saya duduk, saya diri.

sekarang.
saya nak tidur dan mimpi.

Thursday, May 19, 2011

muka tiga puluh empat

kau tahu apa itu perit?

kau tahu bagaimana rasanya sakit?

tahu tidak bila aku menjerit tandanya aku dalam tekanan yang melampau??

aku sedang sakit.
tolonglah.
sudah cukup habis muka aku melutut.
rasa diri seperti sampah untuk membuang setiap cebisan maruah.

dan aku tak mahu bodohkan diri,
merangkak melutut menagih sebuah senyuman dari kamu.

sebab aku bukan rusukmu.
dan aku baru tersedar dari nyenyak yang panjang.


"baby, do you love me?"
"yeah"
"can you give me another chance?"


"no"

Wednesday, May 18, 2011

muka tiga puluh tiga

semalam,
kau datang lagi.
kali ini,
kau bilang yang terakhir.

kau bilang,
"selamat tinggal"

semalam,
kau datang lagi.
kali ini,
kau bilang yang seikhlasnya.

kau bilang
"maafkan saya"

semalam,
kau datang lagi.
kali ini,
kau bilang yang sebenarnya.

kau bilang
"maafkan saya cintakan awak, selamat tinggal"




-----

damn it.