Akhtar : Yang Terpilih

Monday, January 31, 2011

muka dua puluh tujuh

gelak besar bila aku tahu, yang selama ini ditunggu-tunggu. saling tak tumpah seperti peribahasa pungguk rindukan bulan.

wahai si comel hati,
apa yang kau cari sebenarnya?
bukankah sudah terang yang dia sudah punya pemilik hati lain?


this time i really am confused.


-

ini perbualan di antara seorang adik dan seorang abang.

adik : abang, kakak mana?
abang : eh, abang mana ada kakak dik. senyum. dicubit pipi si kecil itu.
adik : ish, tanak la cubit-cubit. kakak haritu yang abang borak-borak tu pergi mana?
abang : ouh, kakak yang coooomel macam adik abang ini ya? dicubit lagi pipi adiknya.
adik : aduhh..ape nii? ha ah, kakak tu laa..mana dia?
abang : senyum hambar. dia dah pergi sayang.
adik : pergi mana?
abang : entahlah. sampai sekarang abang tak jumpa dia dik.
adik : abang tak cari kakak ke?
abang : dah semua tempat abang cari dik. kakak dah pergi tinggalkan kita.
adik : abang tak cari betul-betul kot. kakak kan sayang abang! mana boleh dia tinggalkan abang!!
abang : terdiam. ke mana lagi harus di cari?




surat dari si gadis untuk si teruna:

assalamualaikum.

abang sihat? maaf, ini surat terakhir dari Sarah. sudikanlah baca ye.
selama perkenalan kita, Sarah tak pernah tahu bila, bagaimana, semua jenis persoalan yang boleh terungkap dalam kamus hidup ini bahwasanya, Sarah jatuh hati pada abang. abang ingat tak detik ketikanya abang curi pandang-pandang Sarah pada awal pertemuan kita, bila abang kisahkan yang abang ingat setiap detik peristiwa itu, sungguh, Sarah terharu. Sarah tak ingat pun! abang cari Sarah sejak hari itu kan? abang bilang, "susah bagaimanapun, abang tetap akan cari Sarah sampai jumpa!" abang tahu tak yang Sarah tersimpul malu ni?

sejak abang jumpa Sarah, kita berkawan biasa kan? abang ingat tak Sarah bilang Sarah tak mahu ada komitmen dengan apa-apa perhubungan intim lelaki perempuan? hehe. girlfriend boyfriend itu laahh.. Sarah nak fokus pelajaran kan? dan abang setia menjadi sahabat baik Sarah.

Sarah tau, abang sudah punya cinta hati. tapi, abang tak tahu satu perkara penting. sebagaimana abang punya hati sama perempuan itu, iya, dia memang cantik, bijak, perfect kan bang? Sarah selalu rasa Sarah tak pernah dan tak akan pernah layak untuk jadi side mirror abang. *senyum*

Sarah berdosa dengan diri Sarah sendiri. sebenarnya, sebelum abang hadir dalam hidup Sarah, hati Sarah sudah terlebih dahulu di simpan kemas oleh orang lain. Sarah diamkan hubungan Sarah sebab mama abah tak izinkan Sarah dengan dia. dan Sarah izinkan abang mencuri masuk ke dalam hati Sarah tanpa Sarah sedar. padahal Sarah tau, abang pun sudah punya cinta hati.

hari-hari Sarah menangis bila Sarah sedar, we can't be together. this feeling is so wrong and it should never exist. never! tapi Sarah gagal. setiap malam menjadi kewajipan Sarah bersama dia berborak melalui telefon. sepanjang hampir 4 tahun Sarah dengan dia, jarang sangat Sarah bergaduh dengan dia. tapi, sejak abang ada, hampir setiap malam Sarah bertelagah. cuma Sarah yang marah-marah. walau dipujuk, Sarah tetap mahu melenting. dia tak bersalah. tak pernah ada sedikit pun rasa mahu guriskan hati Sarah. Sarah dijaga bagai menatang minyak yang penuh. tapi, Sarah? setiap perbuatan dia, Sarah marah. tak ada sebab. tak ada punca. cuma yang Sarah mahu, adalah yang berborak dengan Sarah bukan dia, tapi abang!

abang ingat tak, Sarah pernah tanya abang kalau-kalau di satu hari nanti, Sarah tiba-tiba hilangkan diri, apa yang abang akan buat? kemudian abang senyum lihat wajah Sarah, abang bilang "macam mana abang cari Sarah dan abang jumpa, macam itulah abang akan tetap lakukan. i won't stop searching for you" abang tahu tak, Sarah menangis di dalam?
jadi, sekarang abang sudah tahu kisah sebenarnya. Sarah minta izin untuk pergi selamanya dari hidup abang. doakan Sarah bersama dia kekal bahagia sepertimana Sarah doakan abang juga bahagia dengan cinta hati abang.

abang,
tolong jangan cari Sarah lagi. maafkan Sarah punya secebis hati tersimpan untuk abang.
selamat tinggal.









p/s : ini hasil daripada curi-curi baca diari kakak. nasib baik aku anonymous dekat sini. haha! tapi kalau kakak terbaca. sorry sis! dak langkawi tu da balik england dah kann. kakak pun da nak kahwin. wuu~ karangan darjah 6! bluekk

pss : maaf tulisan buruk. tak paksa suruh baca pun! btw, cerita tak ada kaintan lansung dengan
penulis. sekian.

Friday, January 14, 2011

muka dua puluh enam

the lost girl

--


dan bila si kecil itu berlari mendapatkan ibunya.


damn.


terduduk.


si kecil tersalah orang.






"kakak, mana ibu?"

Thursday, January 13, 2011

muka dua puluh lima

entri tergantung


tidak selayaknya aku berdiri dan menjadi rusukmu wahai lelaki.

tidak selayaknya aku di samakan dengan yang terulung khadijah.

tidak selayaknya aku yang kau panggil 'kawan baik'.


rasa bodoh bila dibiar perasaan halus ini berkembang mekar.

rasa..
haih.


bodoh.

Friday, December 24, 2010

muka dua puluh empat

aku tidak tahu.
dan jari aku sentiasa beku.
aku mahu lari dari menjadi siapa-siapa,
aku mahu berdiri dengan menjadi aku sendiri,
bukan orang asing.

mengapa tiada yang nampak?

mahu aku meraung.
sekuat hati.
sampai air mata darah.

aku ini aku.

aku sujud minta diampunkan,
jika aku menjadi kamu.
atau terbau kamu.
ampunkan.

tolong aku.

aku mahu ini sebagai aku.

cuma aku.


dan,
malam ini malam yang ke-24

Wednesday, December 22, 2010

muka dua puluh tiga

kasihan.
bila dimarah ditegahtegah.
tetap.
hatinya tegar.

keliru katanya.
keliru kata hatinya.

mahu jerit biar didengar.
biar dikata
"hey, perempuan itu bukan untuk kau!
aku ini yang paling layak!"

seperti,
tiada siapa boleh kalahkan dirinya.
angkuh dengan kurniaan illahi.
maha sombongnya bila dibanggabangga sendiri,
katanya,
"peminat aku ramai."

dia lupa.
untuk memiliki sebuah hati.
bukan dari rupa.
tapi dari hati.

dia lupa.
wang bukan segala-galanya.
kaya bukan bermakna seksi.
tapi budi dan pekerti yang tinggi.

dia lupa.
dia bukan perempuan itu.
dia adalah dirinya sendiri.
yang juga punya cacat cela.
yang bukan sempurna di mata semua.

sedar.

lalu menangis meraung sendiri.
kalah dengan dunia realiti.

--

kau sudah punya lelaki di hati.
jangan rampas orang lain punya hak.
jangan jadi orang ketiga.
lelaki yang sudah milik kau, jaga.
bukan cari lelaki lain dengan alasan bodoh kau; bosan.