Akhtar : Yang Terpilih

Wednesday, December 22, 2010

muka dua puluh tiga

kasihan.
bila dimarah ditegahtegah.
tetap.
hatinya tegar.

keliru katanya.
keliru kata hatinya.

mahu jerit biar didengar.
biar dikata
"hey, perempuan itu bukan untuk kau!
aku ini yang paling layak!"

seperti,
tiada siapa boleh kalahkan dirinya.
angkuh dengan kurniaan illahi.
maha sombongnya bila dibanggabangga sendiri,
katanya,
"peminat aku ramai."

dia lupa.
untuk memiliki sebuah hati.
bukan dari rupa.
tapi dari hati.

dia lupa.
wang bukan segala-galanya.
kaya bukan bermakna seksi.
tapi budi dan pekerti yang tinggi.

dia lupa.
dia bukan perempuan itu.
dia adalah dirinya sendiri.
yang juga punya cacat cela.
yang bukan sempurna di mata semua.

sedar.

lalu menangis meraung sendiri.
kalah dengan dunia realiti.

--

kau sudah punya lelaki di hati.
jangan rampas orang lain punya hak.
jangan jadi orang ketiga.
lelaki yang sudah milik kau, jaga.
bukan cari lelaki lain dengan alasan bodoh kau; bosan.


No comments:

Post a Comment