Akhtar : Yang Terpilih

Friday, December 24, 2010

muka dua puluh empat

aku tidak tahu.
dan jari aku sentiasa beku.
aku mahu lari dari menjadi siapa-siapa,
aku mahu berdiri dengan menjadi aku sendiri,
bukan orang asing.

mengapa tiada yang nampak?

mahu aku meraung.
sekuat hati.
sampai air mata darah.

aku ini aku.

aku sujud minta diampunkan,
jika aku menjadi kamu.
atau terbau kamu.
ampunkan.

tolong aku.

aku mahu ini sebagai aku.

cuma aku.


dan,
malam ini malam yang ke-24

No comments:

Post a Comment