Akhtar : Yang Terpilih

Thursday, February 3, 2011

muka tiga puluh

tak semua perkara kita boleh congakkan untuk dibahagi-bahagi.
contohnya, kau punya satu hati untuk dikongsi sama hati lain. erti kata lain, kau harus bermadu.
tak semua orang boleh kan?
dan tak semua perkara kita boleh adaptasikan dalam harian kita.
contoh lagi, perempuan yang memang dari celik mata sudah disuap pakai sampai sudah kahwin pun disuap pakai lagi yang kau rasa kau hendak jadi substitute dia,
memang tak ah!

boleh lah jika kau ambil yang indah-indah untuk kau tambahkan dalam rencah hidup kau.
tapi jangan sampai kau jadi orang itu.

kau kena tahu, dan aku rasa semua orang pun dah bagi tahu.
benda ini cliche;
jadi diri kau. hidup sebagai diri kau sendiri dan bukan jadi orang lain.

berhenti mencuba untuk menjadi terbaik sebab kau dah pun memang terbaik.
bila mana kau tak sedar perkara itu.
kan?

hari-hari kalau kau rasa macam nak bermuram kelam tu,
apa kata kau pergi ke tepi pantai atau mana-mana taman permainan,
dan lihat kegembiraan kanak-kanak yang sibuk bermain layang-layang.
dan,
cuba untuk senyum dengan bayangkan kau si anak kecil tadi.
yang terlupa betapa sakitnya bila jatuh mahu tempuh hidup,
dan bila terbang, semuanya lenyap.

ambil masa kau sendiri.

bancuh secawan milo ais tabur pun boleh buat kau gembira jika kau bijak guna masa kau bersama secawan milo air tabur tadi.



hidup.
bukan mudah.
tapi,
kalau senang sangat,
tak rancaklah kan?



No comments:

Post a Comment