Akhtar : Yang Terpilih

Wednesday, February 2, 2011

muka dua puluh sembilan

bila aku dalam keadaan paling ranap.
aku akan serta merta bermenung.
dan salahkan dunia kerana beri aku berjalan dengan bebas.
salahkan dunia kerana tak punya papan tanda amaran.
dan ya, aku salahkan diri aku kerana biar diri meredah tanpa batas.

aku gila berimajinasi.
dan bila aku sudah mula berimajinasi, aku jadi si pendiam.

dari aku kecil, aku suka bermimpi putera kacak datang bersama kuda putih.
bergerak laju dapatkan aku yang sedang bermain-main bersama perasaan keliru.
dan seperti kisah dongeng yang tipikal.
'and they live happily ever after'

-

dalam keadaan duit tengah semput pergi.
rezeki mengejut datang bergolek.
cuma perlu tunggu dicapai ambil supaya tak lari.
dan dijaga supaya tak ditarik balik.
alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment