Akhtar : Yang Terpilih

Friday, November 26, 2010

muka dua puluh

kita ini terlalu mudah jatuh hati
pada lelaki yang ada rupa
pada lelaki yang ada harta biar tak berupa
ah
pokoknya, pada lelaki.

lemah.

kita telalu takut bila ditinggalkan
terlalu takut selepas ini hidup dengan sepi
terlalu takut seorang diri sampai tua

lemah.

kita lupa..
kita ini perempuan
yang sejak zaman nabi
dipandang tinggi.
tapi,
kita rendahkan harga sendiri
cuma untuk hindar sepi.

ah.
kita memang lemah!

bangunlah.
bangun dan lihat ke cermin.
bangun dan peduli keliling.

kita hebat.

jangan dagangkan diri!

kita hebat.

senyum.
kau tak pernah sendiri.
ingat,
masih ramai yang perlu engkau,
bukan cuma untuk lelaki.

bangun.
bangun dan pandang sekeliling.
teruskan hidup,
jangan mati dengan lelaki.
jodoh sudah pasti.
percaya.
haihh..
bangun sayang.
bangun.


dah.

No comments:

Post a Comment