Akhtar : Yang Terpilih

Monday, February 4, 2013

muka tujuh puluh tujuh

orang kata pandangan pertama tu adalah segalanya. kalau boleh gelak sampai menangis dengar ayat tu, dah buat dah. masalahnya tak rasa kelakar pun.

kenapa muka kau yang aku kena pandang wahai manusia? tak baik tau dress up kacak terlampau, jalan menggoda, muka tak seberapa tapi konfiden lebih tu buat tayangan umum.

sebenarnya kau ni kalau diikutkan, tak ada rupa sangat pun. tapi kenapa out of all people, mesti kau? lepastu nak berdrama lebih kan, hellooooooo ada girlfriend dahhhhh! helloooooo? tak anggan phone ke hellooooo??

whateverlah budak drama.

aku harap muncul march, aku tak tenggelam dalam dunia kau.
penat naik menyampah pun ada layan perasaan sorangsorang.
penat tahu? mana kau nak tahu, aku tak pernah cerita.

jaga diri.



muka tujuh puluh enam

kita berjalan dekat luar pakai kasut. duduk dalam rumah mana nak rasa apa. cuma boleh rasa debudebu pasir sikitsikit bolehlah. takpun rasa terpijak pin tudung, pen, takpun rasa pijak tilam, karpet dan seangkatan.  sebab orang kata, kalau pijak guna kaki yang bogel, rasa dia lebih deep.

macam hati.
kaitkanlah sendiri walaupun mengarut.

nak move on tu sebenarnya tak adalah sampai kena menangis siang malam, puasa tak berpahala, masam mencuka tu. kau yang buat susah sebenarnya. kita orang Islam, jangan jadi bodoh.

jangan.
okay?

just dont.


Friday, January 25, 2013

muka tujuh puluh lima

penat bertarung jiwa.

penat setiap kali pesan;
"cukup cukuplah wahai hati, cukup"

--

untuk pertama kali selepas solat,
kepala tibatiba bergerak corak fantasi sendiri.

solat terakhir,
pertemuan terakhir,
diimamkan aku lelaki yang aku tahu tak akan lagi menjadi imamku selepas isyak terakhir itu.

salam terakhir,
mengadap tuhan bersama air mata.

berpahala 27 dicantas dengan satu kucupan terakhir di dahi.

jaga diri wahai kekasih hati.
kau bukan milik aku.

semoga dirimu berpeganti,
supaya aku tak bercinta mimpi lagi.


Sunday, December 30, 2012

muka tujuh puluh empat

hari terakhir 2012,

tutuplah engkau bersama cela silamku,
tutuplah engkau bersama duka peritku,
tutuplah engkau bersama cinta matiku,
kaburkan semua untuk muka baru esoknya.

bersama harapan aku menuju ke hadapan,
bersama rindu aku mengadap buku baru,
bersama tuhan, aku minta dikasihankan.
semoga tidak terabai segala amal untuk hari esok.

Allah ya tuhan segala alam.
rabbi yaasir wala tuaasir,
rabbi tammim bil khair ya kareemm.

assalamualaikum 2013 :)

bring it on!

Thursday, December 6, 2012

muka tujuh puluh tiga

kalaulah oksigen pun perlu dibayar,
aku minta untuk berhenti bernafas.

dah.
tu je.