Akhtar : Yang Terpilih

Friday, January 25, 2013

muka tujuh puluh lima

penat bertarung jiwa.

penat setiap kali pesan;
"cukup cukuplah wahai hati, cukup"

--

untuk pertama kali selepas solat,
kepala tibatiba bergerak corak fantasi sendiri.

solat terakhir,
pertemuan terakhir,
diimamkan aku lelaki yang aku tahu tak akan lagi menjadi imamku selepas isyak terakhir itu.

salam terakhir,
mengadap tuhan bersama air mata.

berpahala 27 dicantas dengan satu kucupan terakhir di dahi.

jaga diri wahai kekasih hati.
kau bukan milik aku.

semoga dirimu berpeganti,
supaya aku tak bercinta mimpi lagi.


No comments:

Post a Comment