Akhtar : Yang Terpilih

Sunday, August 14, 2011

muka empat puluh tiga

ada kalanya aku penat melayan corak pelik keletah manusia.
penat melayan dengan diri sendiri pon ada.

jangan cerita rasa bersalah tak melayan jiwa teman.
tapi,
jiwa sendiri pon dah tak terlayan.
haihh..

bangang betul.

maaf awak.

Tuesday, August 9, 2011

muka empat puluh dua

salam ramadhan.

Thursday, July 21, 2011

muka empat puluh satu

jangan perasan diri tu sudah sehabis malaikat.
sebab cela, akan tetap terpampar.
sejuk2 tenang diri akan jadi panas juga.
bila setiap perkara busuk yang sendiri buat,
yang tanpa sedar kita buat..dipapar pamerkan.

minta maaf.

maaf terlalu banyak jiwa telah aku mainkan.

rasa diri terlalu celaka.

fuck.

Sunday, July 3, 2011

muka empat puluh

sebab Tuhan lebih tahu setiap perancangan drama dunia ini.
sebab itu ada di antara hambaNya yang lalai cuai.

bila digertak baru sedikit cuma,
menggelabah.

tak pernah ada manusia sempurna.
tak terkecuali aku.

betul,
aku teruk..
dan aku minta maaf untuk tidak jadi semalaikat mungkin di ketika itu.
maaf.

mungkin aku akan terus persoalkan mengapa tuhan pertemukan aku dengan mereka ini?
dan mengapa aku diuji untuk mengguriskan hati mereka ini, kemudian dibiarkan aku bertebal muka memohon maaf? untuk apa?

sometimes we may not understand the reason behind certain things sebab Allah sudah terangkan, hidup di dunia ini memang satu pelajaran dan pengajaran. jadi, obey Allah, insyaAllah akan selamat dunia akhirat.

ya Allah,
cuma Kau sahaja yang tahu apa dalam isi jiwa aku sekarang ini.
tenangkanlah ya Allah ya Latif.

“Any one in whose heart is even a mustard seed’s worth of pride will not enter Paradise.” (Muslim)

Tuesday, June 21, 2011

muka tiga puluh sembilan

pernah tidak kau rasa,
rasa..
rasa mahu segalanya bernoktah dengan cerita yang paling indah.
rasa mahu pada di akhir noktah itu terbongkar segala cerita2 dunia.
cerita yang pada kau indah..
cerita yang pada hujung penamatnya kau tersenyum,
cerita yang pada hujungnya kau boleh tarik nafas lega.

pada malam yang kadang2 angin mahu melayan rasa paling malam engkau,
kau menangis sendirian.
kau teriak pada bulan bintang.
kau menjerit penat.
kau mahu sangat semua ini berakhir tenang.

padahal realitinya..?

bukan mudah mahu kongsikan rasa jiwa dengan ayah bunda.
bukan mudah minum semeja cerita aktiviti harian kita pada ayah bunda.
bukan mudah bergelak tawa bersama ayah bunda.
dalam keadaan kita ini yang paling malam.

kau boleh cerita kau faham apa yang aku rasa.
bertepuk bahu bilang 'tak apa, aku masih ada'
peluk kau,
kata-kata kau,
ah.
semua plastik!

aku ini yang merasa.
aku ini yang menelan segala!

jadi aku merayu..

tolong hentikan ini semua.
sungguh aku sudah penat.

iya,
bukan kau sahaja yang bencikan aku.
aku pun sudah tak tahan dengan diri aku sendiri.

hari ini,
biar aku mati.






pesanbawah: semua orang pun penat. bukan kau sorang sahaja. jadi, sabar dengan dunia :)