Akhtar : Yang Terpilih

Tuesday, June 21, 2011

muka tiga puluh sembilan

pernah tidak kau rasa,
rasa..
rasa mahu segalanya bernoktah dengan cerita yang paling indah.
rasa mahu pada di akhir noktah itu terbongkar segala cerita2 dunia.
cerita yang pada kau indah..
cerita yang pada hujung penamatnya kau tersenyum,
cerita yang pada hujungnya kau boleh tarik nafas lega.

pada malam yang kadang2 angin mahu melayan rasa paling malam engkau,
kau menangis sendirian.
kau teriak pada bulan bintang.
kau menjerit penat.
kau mahu sangat semua ini berakhir tenang.

padahal realitinya..?

bukan mudah mahu kongsikan rasa jiwa dengan ayah bunda.
bukan mudah minum semeja cerita aktiviti harian kita pada ayah bunda.
bukan mudah bergelak tawa bersama ayah bunda.
dalam keadaan kita ini yang paling malam.

kau boleh cerita kau faham apa yang aku rasa.
bertepuk bahu bilang 'tak apa, aku masih ada'
peluk kau,
kata-kata kau,
ah.
semua plastik!

aku ini yang merasa.
aku ini yang menelan segala!

jadi aku merayu..

tolong hentikan ini semua.
sungguh aku sudah penat.

iya,
bukan kau sahaja yang bencikan aku.
aku pun sudah tak tahan dengan diri aku sendiri.

hari ini,
biar aku mati.






pesanbawah: semua orang pun penat. bukan kau sorang sahaja. jadi, sabar dengan dunia :)

No comments:

Post a Comment