Akhtar : Yang Terpilih

Tuesday, March 5, 2013

muka tujuh puluh sembilan

esok, bermula hari baru untuk semester baru,
esok, bermula hidup baru dengan nafas baru,
esok, tak ada lagi yang baru melainkan kawan semua masih sama.

i took a step back to give you some space,
so you can breathe.
and live.

it's for the best.

tabahlah.
untuk jadi kuat, kena rasa sakit perit dahulu.
sabarlah.
Tuhan bersamamu :)


Friday, March 1, 2013

muka tujuh puluh lapan

awak,
pergilah.


tak larat nak tanggung sorang diri niiii.
tak larat. bukan ada pit stop pun boleh minum air sekejap kemudian lari kejar balik.
tak ada.

pandainya nasihat kawan, move on, rileks, ingat tuhan.

hati.
kau memang melampau.


Monday, February 4, 2013

muka tujuh puluh tujuh

orang kata pandangan pertama tu adalah segalanya. kalau boleh gelak sampai menangis dengar ayat tu, dah buat dah. masalahnya tak rasa kelakar pun.

kenapa muka kau yang aku kena pandang wahai manusia? tak baik tau dress up kacak terlampau, jalan menggoda, muka tak seberapa tapi konfiden lebih tu buat tayangan umum.

sebenarnya kau ni kalau diikutkan, tak ada rupa sangat pun. tapi kenapa out of all people, mesti kau? lepastu nak berdrama lebih kan, hellooooooo ada girlfriend dahhhhh! helloooooo? tak anggan phone ke hellooooo??

whateverlah budak drama.

aku harap muncul march, aku tak tenggelam dalam dunia kau.
penat naik menyampah pun ada layan perasaan sorangsorang.
penat tahu? mana kau nak tahu, aku tak pernah cerita.

jaga diri.



muka tujuh puluh enam

kita berjalan dekat luar pakai kasut. duduk dalam rumah mana nak rasa apa. cuma boleh rasa debudebu pasir sikitsikit bolehlah. takpun rasa terpijak pin tudung, pen, takpun rasa pijak tilam, karpet dan seangkatan.  sebab orang kata, kalau pijak guna kaki yang bogel, rasa dia lebih deep.

macam hati.
kaitkanlah sendiri walaupun mengarut.

nak move on tu sebenarnya tak adalah sampai kena menangis siang malam, puasa tak berpahala, masam mencuka tu. kau yang buat susah sebenarnya. kita orang Islam, jangan jadi bodoh.

jangan.
okay?

just dont.


Friday, January 25, 2013

muka tujuh puluh lima

penat bertarung jiwa.

penat setiap kali pesan;
"cukup cukuplah wahai hati, cukup"

--

untuk pertama kali selepas solat,
kepala tibatiba bergerak corak fantasi sendiri.

solat terakhir,
pertemuan terakhir,
diimamkan aku lelaki yang aku tahu tak akan lagi menjadi imamku selepas isyak terakhir itu.

salam terakhir,
mengadap tuhan bersama air mata.

berpahala 27 dicantas dengan satu kucupan terakhir di dahi.

jaga diri wahai kekasih hati.
kau bukan milik aku.

semoga dirimu berpeganti,
supaya aku tak bercinta mimpi lagi.