kita berjalan dekat luar pakai kasut. duduk dalam rumah mana nak rasa apa. cuma boleh rasa debudebu pasir sikitsikit bolehlah. takpun rasa terpijak pin tudung, pen, takpun rasa pijak tilam, karpet dan seangkatan. sebab orang kata, kalau pijak guna kaki yang bogel, rasa dia lebih deep.
macam hati.
kaitkanlah sendiri walaupun mengarut.
nak move on tu sebenarnya tak adalah sampai kena menangis siang malam, puasa tak berpahala, masam mencuka tu. kau yang buat susah sebenarnya. kita orang Islam, jangan jadi bodoh.
jangan.
okay?
just dont.
Monday, February 4, 2013
Friday, January 25, 2013
muka tujuh puluh lima
penat bertarung jiwa.
penat setiap kali pesan;
"cukup cukuplah wahai hati, cukup"
--
untuk pertama kali selepas solat,
kepala tibatiba bergerak corak fantasi sendiri.
solat terakhir,
pertemuan terakhir,
diimamkan aku lelaki yang aku tahu tak akan lagi menjadi imamku selepas isyak terakhir itu.
salam terakhir,
mengadap tuhan bersama air mata.
berpahala 27 dicantas dengan satu kucupan terakhir di dahi.
jaga diri wahai kekasih hati.
kau bukan milik aku.
semoga dirimu berpeganti,
supaya aku tak bercinta mimpi lagi.

Sunday, December 30, 2012
muka tujuh puluh empat
hari terakhir 2012,
tutuplah engkau bersama cela silamku,
tutuplah engkau bersama duka peritku,
tutuplah engkau bersama cinta matiku,
kaburkan semua untuk muka baru esoknya.
bersama harapan aku menuju ke hadapan,
bersama rindu aku mengadap buku baru,
bersama tuhan, aku minta dikasihankan.
semoga tidak terabai segala amal untuk hari esok.
Allah ya tuhan segala alam.
rabbi yaasir wala tuaasir,
rabbi tammim bil khair ya kareemm.
assalamualaikum 2013 :)
bring it on!

Thursday, December 6, 2012
muka tujuh puluh tiga
kalaulah oksigen pun perlu dibayar,
aku minta untuk berhenti bernafas.
dah.
tu je.
aku minta untuk berhenti bernafas.
dah.
tu je.
Tuesday, December 4, 2012
muka tujuh puluh dua
perut makin melampau minta suap.
tangan pun sama mengada manjakan rayu perut ni.
kaki makin rancak ke sana ke sini.
amboi senang betul hidup bahagia dengan makanan.
duit tetap ada walaupun tak beranak pinak.
syukur masih bahagia dengan mewah makan.
kusut kepala dengan assignment bertimbun jangan cerita. pulak la dengan lecturer marking paper yang super strictly-nya. gagal ujian pertama, rasanya bakal gagal yang kedua. tuhan sahajalah tempat untuk mengadu manja. bukan kadang-kadang, tapi rasanya dah selalu sangat rayu untuk diringankan beban yang ditanggung ni. susah betul bila akal tak cukup kuat untuk ingat segala benda. dalam lima saat pun boleh lupa. sedih. kawan-kawan lain dah genggam ijazah di usia aku, cuma aku yang belum. merangkak betul. tak apalah merangkak, jangan mengesot sudahlah.
sebenarnya dah lama perasan, iman diri pada tahap yang paling jatuh. bahaya sebenarnya, selalu zikir yang bukanbukan. makin jauh menyimpang, tapi selalu harap Dia tak lepas aku jauh tersasar. takut. ah, takut tapi buat lagi? cakap tak serupa bikin betul. puihh
curi-curi masa update blog masa tengah berhempas pulas siapkan assignment bel pun tak guna jugak. moleklah ambe siapkang dulu.
eee dah lama tak bebel eeee. bye

Subscribe to:
Posts (Atom)