Akhtar : Yang Terpilih

Sunday, September 21, 2014

muka sembilan puluh

aku sebenarnya buta,
buta untuk lihat sayang orang ke aku.
aku celik dengan ego. aku celik dengan kepalsuan diri.

aku sebenarnya, dah terlepas tangan yang dahulu genggam kuat tak mahu lepas.
aku sendiri kibas kibas tangan minta dilepaskan.
kononnya aku mahu kejar orang yang aku kononnya sayang.
lepastu bodoh, kejar orang yang dah lama hatinya mati pada aku.

ya Tuhan.

apa yang dah aku buat sebenarnya ni?

i wish i can turn back time.
and fix everything.
where theres only me and you.
and no one else in between.

im sorry bok.

kalau jalan aku ditakdirkan untuk kau pergi.
bismillahirahmanirahim,
aku izinkan.


Allahu :'(

Saturday, August 23, 2014

Muka lapan puluh sembilan

Sedih jugak bila fikir semua kawan dah mula melangkah ke alam perkahwinan bilamana aku masih lagi terkapai kapai mencari pasangan hidup.

Kadang kadang hayun tangan seorang diri tu best.
Kadang kadang teringin jugak, sambil hayun ada yg capai genggam. 

Haihh

Tuesday, June 17, 2014

Muka lapan puluh lapan

Sekarang kau bilang aku, bagaimana bisa aku percaya lelaki yang dahulunya di kata tak pernah berdusta tapi bangsat di terangannya?

Bagaimana lagi hendak aku pujuk diri untuk percaya ada lelaki yang ikhlas terima jiwa aku?

Bagaimana lagi hendak aku percaya, yang cinta itu ada?

Jiwa aku sudah mati, mati.
Mati dengan namanya lelaki.

Ya Tuhan,
Kali ini, aku benar benar penat.


Sunday, May 18, 2014

Muka lapan puluh tujuh

Dah patut dah jalan terus tak berpatah balik lagi.
Tunggu tunggu tunggu.
Jiwa dia tetap bukan milik aku.

Kesian.

Bercinta dengan orang yang salah.
Beri hati pada jiwa yang menolak.

Sakit betul rasa. 
Macam jarum yang halus dicucukcucuk berjuta kali. Biar rasa pedih yg perlahan tapi perit. 

Ya Tuhan,
Kau peminjam jiwa, Kau pemberi jiwa, Kau juga yang menarik pergi setiap jiwa yang pernah singgah. 
Semoga ditabahkan jiwa aku yang tak hentihenti menangis ini.
Sesungguhnya, aku penat.

Sunday, May 4, 2014

Muka lapan puluh enam

Orang kata kalau dah rindu, biar dapat tatap walau cuma tiga saat sudah cukup.

*senyum senget*

Masih tak move on dengan sakit rindu ye? 
Sabarlah.
Katapun Tuhan tak kejam.
Kenalah sabar belajar terima apa yang tengah diajarkan ni.

Sakit rindu ni boleh tahan juga sebenarnya eh?

:)