Akhtar : Yang Terpilih

Sunday, March 30, 2014

Muka lapan puluh lima

Benda paling sakit dalam jiwa yang tak dapat nampak dengan mata kasar adalah Rindu.

Mana boleh tipu diri sendiri. 
Tipu orang lain tu senang sangat. Tapi itulah, nak tipu diri sendiri tu bukan main lagi susah.

*heavy breathing*

Susah. 
You everywhere I go.
Susah.

Tak apa kalau kau nak single. Aku tak marah. Dah tak marah dah. 
Cumanya..
Jangan dgn orang lain.
Tak mampu aku nak hadap kalau kau dengan orang lain. Sakit bang sakit.

Orang kata Tuhan susun cantik dah.
Cumanya kita kaburkan mata tak nampak lagi mana cantiknya. 

Orang kata lagi, dengan Tuhan jangan malu malu untuk meminta.
Tuhan tahu tidak aku minta kau jd imam aku nanti? Amboi teringin betul rasa jadi makmum kau. Hiks (;

Tak apalah, kalau rindu. Rindulah. Bukan boleh halang pun perasaan macam ni. Kan? Semoga kau baik baik di sana. 
Dalam doa aku, kau sentiasa ada.


Haih.
Betul punya rindu ni.
Jaga diri jiwa :) 

Tuesday, February 18, 2014

muka lapan puluh empat

aku pun tak tahu apa benda bangang lagi yang bakal aku buat lepas terang-terang dirijek.
dua tahun aku simpan sayang. dua tahun yang bangang agaknya.

bendanya,
- kau nak dia benci kau supaya senang kau lupakan dia.
- kau nak di mata dia kau paling jahanam, supaya senang dia benci kau.

lama dia simpan marah, lama dia simpan geram.
aku tahu dan aku pejam rapatkan.
terlalu baik untuk bertahan sepanjang 2 tahun.
dengan harapan benda boleh berubah?

"i cant handle long distance. kalau ada tu, adalah. kalau tak ada, nak buat macam mana?
sekarang nak rilek dulu. saya tak berani nak ada commitment lagi. serik. tak apalah, awak pergi cari orang lain ye? tak payah harap dekat saya lagi."

benda paling bangang yang keluar dari mulut kau.
lepas 2 tahun kau tabur janji pelesu, campur harapan pelesu, eh semuanya pelesu ka macam mana?

lagipun permulaan perhubungan tak boleh dengan penipuan.
hubungan yang tak ada ikatan antara kau dengan dia penuh dengan kebohongan.
jadi, tak mustahil hubungan ini tak dapat diteruskan.

dia penipu tegar.
kau siputar belit tegar.
nampak?

bila aku jauhkan diri, kau datang berlari.
bila aku berhenti menanti, kau pula pergi.

mahu apa sebenarnya wahai makhluk?


benda dah basi.
kau dah pergi.
aku patut sedar diri.

terima kasih atas 2 tahun ini.
tahniah diri, kau dah berjaya semat benci dalam diri si lelaki.

lepasni bolehlah dengar lagu rescue-yuna tu sampai basi.
kakakaka

Saturday, November 9, 2013

Muka lapan puluh tiga

Tabahlah hati
Kuatlah jiwa.

Biar diambil pergi walau perih untuk diterima.

Allah ada sayang.
La tahzan syg. La 

Kuat sayang.
Kuat

Saturday, September 21, 2013

Muka lapan puluh dua

Apa sifat buaya yang ada pada manusia?
.
.
.
Teriaklah gembira kau sekarang,
Jangan datang menangis mengadu nanti sudahlah.

Dah besarkan?
Takkan benda bodoh nak dikasi tahu lagi?

Sudahlah.
Aku penat dengan permainan dunia kau.
Kalau dah tak guna, tetap tak guna.

Lelaki.
Kan? 

*senyum hambar*

Thursday, August 15, 2013

Muka lapan puluh

Berdebu teruk rumah yang satu ini.

Sepanjang tiada bertadang, berjuta masalah berebut rebut menimpa kepala.

-

Betul kata Yuna,
Lelaki memang tak guna,
Cuma hendak mainan dunia.
Tak peduli jiwa kita bagaimana.

Bodohnya perempuan.
Ditipu topengnya haiwan,
Biar jiwa berduka rawan,
Dibuang semua kawan.

Tapi,
Aku percaya,
Tuhan Maha Kaya,
Dia tak akan biarkan kau selamanya bahagia,
Nikmat akan ditarik bilamana kau lupa wujudnya Dia.

Berapa juta lagi jiwa sang hawa yang kau hendak korban ranapkan?
Berapa angka yang kau gigih kejarkan?
Sampai mana kau hendak pujakan dunia yang kau relakan? 

Bangsat.
Lelaki bangsat.

Cuma tahu ronyok buangkan jiwa hawa.
Meski kau tahu bukan semua hawa kotor ditebuk.
Jijik dihina.
Cuma kau yang tak perasan, kau sebenarnya lelaki tak guna!

Ah.
Mana pergi katanya Lelaki itu pelindung wanita? 

Demi Tuhan,
Semoga setimpal balasan dengan apa yang kau telah hancurkan ke jiwa setiap satunya.

Tapi ah, 
aku perempuan yang percaya setiap manusia berhak terima keampunan Tuhan.
Semoga Tuhan memberi ehsan untuk tidak menghukum kau si bangsat.


Semoga saja.